Islam penyelamat Kaum Wanita

Martabat wanita sebelum kedatangan Islam

Sebelum kedatangan Islam sebagai agama 'selamat sejahtera",
kedudukan wanita terlalu hina dan memalukan di sisi masyarakat
kerana tenaga mereka jauh lebih lemah dari kaum lelaki.
Nilai mereka tidak berharga di zaman yang mana kekuatan tenaga adalah
ukuran kemegahan masyarakat.

Justeru itu, apakah peranan kaum wanita pada masa itu?
Sejauh manakah sumbangan wanita dalam mempertahankan hak
dan perluasan empayar? Jika tidak semua ini, adakah sekadar untuk melengkapkan
zuriat sahaja? Apakah kaum lelaki sahaja yang mempertahankan dan
memperluas hak-hak tersebut maka mereka bebas melakukan apa sahaja?

Bagi kalangan bapa, sudah tentu mereka mengharapkan bakal-bakal
zuriatnya nanti adalah lelaki. Kerana lelaki shajalah penyambung
warisan ketrurunan yang nyata. Jika yang lahir dari keturunannya
adalah perempuan, maka bapa akan memikirkan
nasib anak perempuan tersebut. Aibnya sudah terasa meliputi mukanya.

Dikalangan Arab jahiliyyah misalnya, maka tindakan
kejam yang tidak berperikemanusiaan akan diambil
oleh bapa tersebut. Tanpa belas kasihan, mereka membunuh bayi
perempuan mereka malahan ada di antara mereka yang menguburkannya
hidup-hidup.

Firman Allah dalam al-Quran :-

"dan apabila seseorang dari mereka diberitahu dengan(kelahiran)
anak prempuan maka hitamlah (merah padam) mukanya dan dia
sangan marah. Ia menyembunyikan dirinya dari orang ramai
disebabkan berita yang disampaikan kepadanya. Apakah dia
akan memeliharanya dengan menanggung kehinaan, ataukah
menguburkannya ke dalam tanah (hidup-hidup) ?
Ketahuilah betapa buruknya ketegasan mereka itu.

(An-Nahl : 59-59)

Apabila muncul Rasulullah maka seruan menyamakan hak wanita
dengan lelaki mula mengimbangi perasaan setiap bapa. Dakwah agar
wanita diberi kasih sayanag seperti mana juga anak mula menginsafkan
para bapa tadi. Inilah kesan kedatnagn Islam yang cuba menghapuskan
sikap kuno yang begitu sadis nilainya.