Syurga di bawah telapak kaki ibu

Islam meletakkan ibubapa di tahap yang wajib dipatuhi tanpa ragu-ragu lagi. Ini kerana keredhaan Allah s.w.t. terhadap seseorang anak adalah bergantung kepada keredhaan ibubapa terlebih dahulu. Kewajipan berbakti kepada ibu bapa adalah mutlak walaupun ibubapa sudah meninggal dunia.

Kisah hadis

Seorang sahabat pernah menemui Rasulullah s.a.w. bertanya tentang cara berjihad kepada Allah s.w.t. Rasulullah s.a.w bertanya :- "adakah engkau masih mempunyai ibu? Jawab sahabat tersebut: Ya!"

Sabda Rasulullah s.a.w: Di samping kakinya (sentiasa berbakti kepadanya)
kerana di situlah syurga."
(Riwayat at-Tabrani)

Seorang sahabat telah menderhaka kepada kedua ibubapanya, lalu bertanya bagaimana cara untuk menghapuskan dosanya. Sabda rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Selalulah memohon keampunan dan rahmat kepada keduanya , moga-moga engkau tercatat anak yang berbakti."

Meskipun dalam Islam membenarkan anak-anak tidak mematuhi ibu bapa dalam perkara maksiat dan boleh menegur ibu bapa yang terlibat dalam perkara bertentangan dengan syariat Allah s.w.t.

cara mengurnya tentulah diutamakan penghormatan anak kepada ibu bapanya. Perlu dilihat sejenak mengenai cara menegur ibu bapa yang bersalah dengan cara yang lembut.
Contoh yang terbaik yang boleh dilihat ialah peristiwa Nabi Ibrahim a.s. menegur bapanya Azar.

Firman Allah:- "(dan ingatlah di waktu) Ibrahim berkata kepada bapanya, Azar; "Patutkah
kamu menjadikan berhala-berhala sebagai Tuhanmu? Sesungguhnya aku
melihat kamu dan kaummu dalam kesesatan yang nyata."
(Al-An'am: 74)

Dalam kitab Tafsir Al-Bahr Al-Muhit, karangan Abi Hayyan dijelaskan bahawa nabi Ibrahim a.s. sememangnya tidak pernah terlibat dalam aktiviti penyembahan berhala seperti yang diamalkan oleh kaumnya dan bapanya sendiri.

Oleh kerana Nabi Ibrahim mendapat hidayah Allah s.w.t. lalu beliau cuba menegur bapanya, Azar, dengan cara yang elok. Perkara dari arus kesesatan kaumnya. Walaupun bapanya tidak mengendahkannya malahan ia bersama-sama kaumnya menangkap baginda untuk dibawa kepada Namrud, tetapi yang pentingnya anak ada hak menegur ibu bapanya.

Keutamaan seorang ibu hendaklah melebihi dari seorang bapa kerana bagi anak-anak, kesemuanya adalah lahir melalui susah payah, perit maung, pertarungan antara hidup dan mati oleh ibu. Dalam rahim ibulah si anak dijadikan dan sesudah lahir ke dunia, ibulah yang susah payah mendidik dan membelai dengan kasih sayang.


No comments:

Post a Comment